Monday, September 7, 2009

Kursus Ketua Platun Peringkat Negeri 2001
















Puasa tidak jadi halangan pelajar ikuti seminar PMR

Oleh Basir Zahrombasir@bharian.com.my

BERPUASA tidak menjadi halangan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekitar Seberang Prai Utara mengikuti seminar peperiksaan kendalian Berita Harian, sebaliknya menguatkan lagi semangat mereka belajar. Seramai 350 calon menyertai Seminar PMR tajaan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Pusat Urus Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Perdana Menteri di Kolej Matrikulasi Pongsu Seribu, Kepala Batas, berlangsung hari pertama dan kedua puasa itu. Peserta terbabit dari 17 sekolah menengah sekitar Seberang Prai Utara, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Ahmad Said, SMK Dato’ Haji Ahmad Kadir, SMK Bertam Indah.

SMK Dato’ Haji Ahmad Badawi, SMK Kepala Batas, SMK Sri Muda, SMK Pokok Sena, Daeratul Maarifil Wataniah Kepala Batas, SMK Kampung Selamat, SMK Imam Nawawi dan SMK Bakti. Seorang pelajar Madrasah Khiriah Islamiah Kepala Batas, Nur Diyana Zakaria, berkata walaupun berpuasa dia tetap bersemangat untuk belajar bagi mempersiapkan diri menghadapi PMR tidak lama lagi. “Tambahan pula seminar ini bermanfaat, ia mendedahkan calon teknik terbaik menjawab soalan, selain berpeluang bertukar pendapat dengan pelajar sekolah lain,” katanya.
Bagi pelajar SMK Dato’ Haji Ahmad Said, Nur Awatif Zainal Abidin pula menyifatkan penyertaannya berbaloi kerana banyak pengetahuan tambahan diperoleh sepanjang mengikuti seminar dua hari itu.

Mangsa Meriam Tanah

MUKA Mohd Zulkifli melecur akibat terkena letupan meriam tanah buatan sendiri ketika bermain bersama rakan di Kampung Cherang Batang, Jertih, Terengganu, petang kelmarin.

KOTA BHARU: Seorang murid Tahun Enam melecur teruk di bahagian muka termasuk mata, selepas meriam tanah yang dibina pada tebing sungai yang kelihatan gagal berfungsi selepas dinyalakan api, meletup secara tiba-tiba ketika diintai mangsa dalam kejadian dekat Pasir Akar, Besut, petang kelmarin. Murid Sekolah Kebangsaan Pasir Akar yang dijadualkan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Selasa ini, Mohd Zulkifli Mohd Adnan, 12, menempuh pengalaman perit itu ketika dia bermain meriam tanah berkenaan bersama beberapa rakan di Kampung Cherang Batang, Pasir Akar, kira-kira jam 4 petang.

Mangsa yang melecur teruk pada bahagian muka dan belum lagi mampu membuka kedua-dua mata yang turut bengkak akibat terkena letupan meriam terbabit, kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, selepas dirujuk dari Hospital Jerteh, malam kelmarin. Mohd Zulkifli berkata, dia dan beberapa rakan membina meriam tanah sepanjang kira-kira 2.5 meter itu di tebing sungai yang terletak berhampiran rumah datuknya, Mohammad Yakub, 60. "Karbaid itu dibeli seorang kawan di sebuah kedai runcit berdekatan. Sebelum meletupkan meriam itu, kami masukkan beberapa ketul karbaid dalam lubang muncung meriam terbabit, sebelum saya cuba meletupkannya secara menyalakan api menerusi lubang sumbunya, tapi ia tak meletup.


"Bila tak meletup, saya pergi mengintai menerusi lubang muncung meriam tanah itu tapi mulanya tak nampak apa-apa sebab gelap. Ketika saya sedang mengintai secara dekat itu, secara tiba-tiba meriam terbabit meletup dengan api keluar dari muncungnya menyambar muka dan kepala saya turut berasap apabila sebahagian rambut turut terbakar. "Letupan kuat menyebabkan saya jatuh terpelanting. Beberapa kawan yang bermain sama bergegas membantu membawa saya menaiki motosikal mendapatkan bantuan datuk yang berniaga di bazar Ramadan di Kampung Derau, kira-kira dua kilometer dari situ," katanya yang masih merasa kesakitan akibat kesan lecur yang dialaminya, ketika dilawati di HUSM, semalam. Mohd Zulkifli, berkata kejadian yang menimpanya kini menimbulkan kebimbangan, kerana bakal berdepan UPSR pada Selasa ini. Katanya, dia berharap masih mampu menduduki peperiksaan UPSR walaupun kedua-dua matanya kini masih sakit dan tidak mampu dibuka.

306 murid positif dadah:AADK

PUTRAJAYA: Seramai 306 murid di beberapa sekolah rendah di negara ini dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Abdul Bakir Zin. Beliau berkata, murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara pro aktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK. "Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.

"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani "Term of Referrence" dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini, hari ini. Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung. Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.
"Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya. Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini. - Bernama

Sunday, September 6, 2009

126 terima tauliah Pegawai Pengurusan KRS, TKRS

Oleh Basir Zahrombasir@bharian.com.my

SERAMAI 126 pegawai pelajaran daerah, pengetua, guru besar, penolong kanan di Hulu Selangor, baru-baru ini, ditauliahkan sebagai Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas KRS (TKRS). Pengarah Pelajaran Selangor, Dr Zahri Aziz, berkata pentauliahan pentadbir sekolah sebagai komandan dan timbalan komandan KRS itu diyakini dapat mendisiplinkan pelajar seterusnya membentuk sahsiah baik serta mampu melonjakkan pencapaian akademik.

Beliau yang juga Pengarah KRS Selangor berkata, penubuhan badan beruniform itu juga membuktikan pengasasnya, Allahyarham Muhammad Thani Sha’ban, bermatlamat melahirkan generasi berilmu, bersemangat patriotik dan berketerampilan.
“Dunia pendidikan kini sangat mengharapkan lebih ramai pendidik berkemampuan mencetus pelbagai idea baru serta inovasi pendidikan. “Ini sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan khususnya dalam aspek pembangunan modal insan. Jadi, ia perlu dijalankan dengan bersungguh-sungguh. “KRS dan TKRS mempunyai kurikulum sendiri yang jelas, pragmatik, realistik, bersepadu melalui lima bidang penting termasuk disiplin & kerohanian, ketahanan diri & kebudayaan, khidmat masyarakat, alam sekitar dan keusahawanan.

Tuesday, September 1, 2009

BENDERA KRS





Warna Hijau melambangkan

a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.

b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.