Monday, September 7, 2009

Puasa tidak jadi halangan pelajar ikuti seminar PMR

Oleh Basir Zahrombasir@bharian.com.my

BERPUASA tidak menjadi halangan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekitar Seberang Prai Utara mengikuti seminar peperiksaan kendalian Berita Harian, sebaliknya menguatkan lagi semangat mereka belajar. Seramai 350 calon menyertai Seminar PMR tajaan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Pusat Urus Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Perdana Menteri di Kolej Matrikulasi Pongsu Seribu, Kepala Batas, berlangsung hari pertama dan kedua puasa itu. Peserta terbabit dari 17 sekolah menengah sekitar Seberang Prai Utara, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Ahmad Said, SMK Dato’ Haji Ahmad Kadir, SMK Bertam Indah.

SMK Dato’ Haji Ahmad Badawi, SMK Kepala Batas, SMK Sri Muda, SMK Pokok Sena, Daeratul Maarifil Wataniah Kepala Batas, SMK Kampung Selamat, SMK Imam Nawawi dan SMK Bakti. Seorang pelajar Madrasah Khiriah Islamiah Kepala Batas, Nur Diyana Zakaria, berkata walaupun berpuasa dia tetap bersemangat untuk belajar bagi mempersiapkan diri menghadapi PMR tidak lama lagi. “Tambahan pula seminar ini bermanfaat, ia mendedahkan calon teknik terbaik menjawab soalan, selain berpeluang bertukar pendapat dengan pelajar sekolah lain,” katanya.
Bagi pelajar SMK Dato’ Haji Ahmad Said, Nur Awatif Zainal Abidin pula menyifatkan penyertaannya berbaloi kerana banyak pengetahuan tambahan diperoleh sepanjang mengikuti seminar dua hari itu.

0 comments:

Post a Comment