Sunday, September 6, 2009

126 terima tauliah Pegawai Pengurusan KRS, TKRS

Oleh Basir Zahrombasir@bharian.com.my

SERAMAI 126 pegawai pelajaran daerah, pengetua, guru besar, penolong kanan di Hulu Selangor, baru-baru ini, ditauliahkan sebagai Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas KRS (TKRS). Pengarah Pelajaran Selangor, Dr Zahri Aziz, berkata pentauliahan pentadbir sekolah sebagai komandan dan timbalan komandan KRS itu diyakini dapat mendisiplinkan pelajar seterusnya membentuk sahsiah baik serta mampu melonjakkan pencapaian akademik.

Beliau yang juga Pengarah KRS Selangor berkata, penubuhan badan beruniform itu juga membuktikan pengasasnya, Allahyarham Muhammad Thani Sha’ban, bermatlamat melahirkan generasi berilmu, bersemangat patriotik dan berketerampilan.
“Dunia pendidikan kini sangat mengharapkan lebih ramai pendidik berkemampuan mencetus pelbagai idea baru serta inovasi pendidikan. “Ini sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan khususnya dalam aspek pembangunan modal insan. Jadi, ia perlu dijalankan dengan bersungguh-sungguh. “KRS dan TKRS mempunyai kurikulum sendiri yang jelas, pragmatik, realistik, bersepadu melalui lima bidang penting termasuk disiplin & kerohanian, ketahanan diri & kebudayaan, khidmat masyarakat, alam sekitar dan keusahawanan.

0 comments:

Post a Comment